Isnin, 6 Mei 2013

“HAPUSKAN JERAWAT DI BELAKANGKU”


ASSALAMUALAIKUM SEMUA…

Hai apa khabar semua…. Adakah korang baik-baik semua hari ni… Mesti ada yang cakap Iera ni kejap timbul kejap tengelam,macam chip more pun ada hehe… Sebenarnya hari ini baru ada kesempatan untuk Iera mengupdate blog… Almaklumlah Iera kan seorang pelajar jadi tak banyak masa untuk Iera luangkan pada blog ini hehe…(semua ini poyo)

Okeylah semua pada blog hari ini Iera ingin berkongsi tips kepada korang semua… Nak tahu tips apa yang Iera ingin kongsikan? Cuba korang teka… Cepat-cepat Iera bagi masa 5 saat untuk cuba teka hehehe… (cehhh Iera ni melampau betol) Baiklah korang semua tanpa melengahkan masa lagi sebab banyak masa dah Iera buang begitu saja jadi, berdasarkan tajuk yang terpampang kat atas sana tu, nampak tak kawan-kawan… Yer itu lah isu yang kita akan bincangkan hari ini “HAPUSKAN JERAWAT DI BELAKANGKU”  hehe poyo je tajuk hari ni kan…

Kalau nak tahu jerawat ni bukan saja ada di permukaan kulit wajah korang tapi ada juga pada bahagian belakang badan korang… Pada hari ini Iera akan kongsikan dan bercerita tetang faktor kenapa belakang berjerawat , 4 peringkat hapuskan jerawat dan petua untuk hilangkan jerawat…

KENAPA BELAKANG BADAN ?
  • Sebabnya hormone merupakan faktor utama berlakunya pertumbuhan jerawat di belakang badan. Masalah hormon tidak stabil menyebabkan jerawat tumbuh lebih banyak. Kebiasaannya jerawat ini akan menyerang mereka yang berumur dalam lingkungan awal 20-an.
  • Faktor keturunan juga menjadi penyebab berlakunya masalah jerawat. Berkemungkinan ada di kalangan ahli keluarga mempunyai masalah jerawat yang teruk dan korang adalah salah seorang daripada penerimanya.
  • Pemakaian serta penggunaan kosmetik yang terlampau.
  • Berlakunya perpeluhan di bahagian badan , selain mengabaikan pengjagaan diri.
  • Sembelit juga dikatakan punca kepada pertumbuhan jerawat. Memandangkan toksin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak lancer. Maka akan timbullah jerawat itu selagi masalah sembelit tidak diatasi.
  • Masalah suka memicit dan memecahkan jerawat menggunakan jari dan kuku. Sikap sebegini bakal membuatkan masalah jerawat akan berlanjutan.


5 PERINGKAT HAPUSKAN JERAWAT
  1. Jangan lupa membersihkan  badan dan menggantikan pakaian setelah seharian melakukan aktiviti luar.
  2.  Elakkan daripada menggunakan pakaian yang berlapis-lapis.
  3. Pastikan pakaian tersebut menyerap peluh dan tidak panas.
  4.  Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Kawallah daripada makan makanan yang boleh membawa kepada pertumbuhan jerawat yang melampau.
  5. Keraplah menukar cadar dan tuala. Ada kalanya cadar dan tuala yang dipakai dalam tempoh yang lama mengandungi bakteria.


PETUA KURANGKAN JERAWAT
  1. Asingkan putih telur dengan kuningnya terlebih dahulu. Kemudian pukul hingga kembang.
  2. Potong timun kecil-kecil dan kisar bersama putih telur tadi
  3.  Setelah itu oles dan gosokkan bahan yang dikisar tadi di bahagian belakang badan seperti skrub.
  4. Biarkan ia kering selama 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam.
  5.  Amalkan selama seminggu dan lihatlah hasilnya nanti. Insyallah berkesan. Selamat mencuba!

Okey itu sahajalah yang dapat Iera kongsikan… Semoga korang mendapat faedah dan menembahkan pengetahuan.. Sampai disini sahajalah bicara tanpa suara Iera… Kalau ada masa Iera akan kongsikan tips yang lain pulak yer…. Okey bye-bye…