Aikk tersasur dari tajuk lak cerita ni...Tak apalah cerita pasal kawan-kawan lama ni biarkan seketika...Iera akan cerita dilain hari...Berbalik pada tajuk kat atas sana tu,Iera nak cerita pengalaman pertama pergi menderma darah dekat kolej Iera belajar...Niat nak derma darah ni dah lama tapi x penah kesampaian jer nk tunaikan...
Kalau dulu bila ada program derma darah ni memang dalam hati teringin sangat nk join tapi bila dah sampai depan pintu tempat menderma jer mesti patah balik sebab takut...Last hari tu pun dah pergi jugak tapi bila sampai jer kat tempat program derma darah tu dah habis sebab Iera pergi lewat...Tapi pada hari ini Iera memberanikan jugak lah diri ini melangkah dengan penuh bergaya tu...hehe walaupun dalam hati macam gunung nak meletop dahh..huhu
sakit tak sanggup nak tengok jarum yang besar tulepas ni nk pergi derma lagi
Tapi ada yang sangat mengecewakan...bila dah ambik darah,darah Iera mengalami darah beku...Tak tahulah kenapa dan mengapa...Dah kanan kiri try tapi tetap sama...sedih wow bila kita dah bersedia nak tunaikan niat yang dah lama ni tapi tiba-tiba je jadi macam ni..sob sob sob...Jururawat tu minta Iera pergi cek kat hospital..
Sedih sangat tak dapt menderma darah ni...Macam mana sekalipun Iera tak akan berputus asa...Di lain masa nanti Iera nak pergi cuba derma lagi...!!
Tak apalah korang,jari jemari Iera ni dah letih nk menaip...Iera berhenti setakat ini dulu yer...Bye2 orang...
"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati."
Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! - Julmazli Dot Com



Tiada ulasan:
Catat Ulasan