Hello korang2....
Korang penah dengar atau penah mengalami tak cinta yang bertepuk sebelah tangan!
Kalau yang penah mengalami mesti dah tahu macam mana perasaannya kan??
Orang kata tepuk sebelah tangan takkan berbunyi ,betul tak?kalau korang tak caya cuba tepuk sebelah tangan,bunyi tak???hehe...kalau bunyi tu sangatlah pelik benor yer idak?hehe
Siapa tak tahu cinta bertepuk sebelah tangan tu apa??kalau korang nak tahu cinta yang bertepuk sebelah tangan tu maknanya cinta yang berlaku disebelah pihak saja atau cinta yang tak berbalas...sob sob sob...
Memang lumrah dalam kehidupan,tidak semua yang kita mahu akan menjadi milik kita...Begitu jugalah dengan cinta,tak semestinya jika kita cinta pada orang tu dia juga mencintai kita...
Mengalami cinta yang bertepuk disebelah tangan sememangnya amat pedih dan menyakitkan...Di sini Iera ingin kongsikan beberapa katogeri cinta yang betepuk sebelah tangan...cuba tengok yang mana satu korang penah mengalami....
- Cinta ditolak
"Maaf saya tak boleh terima awak"...Ayat ini memang menyakitkan bila didengar apabila ungkapan ini diucapkan oleh orang yang kita cintai kepada kita...Cinta ditolak bukannya bermakna hidup kita sudah berakhir,tapi kita mesti teruskan hidup mungkin kita akan bertemu dengan seseorang yang akan menjadi milik kita...Jadi teruskan kehidupan korang...
- Cinta pada yang sudah berpunya
"Saya minta maaf,saya tak boleh terima cinta awak sebab saya sudah berpunya"...
Tentu sekali kita akan kecewa bila mengetahui orang yang kita cintai sudah berpunya...Baru sahaja nak mengenali dirinya dengan lebih dekat tiba-tiba dikejutkan dengan cerita ini...Lebih baik korang lupakan pada si dia...Tentu korang tak nak menjadi perosak dalam hubungan orang lain kan?
- Cinta rahsia
"Saya suka sangat kat awak,tapi....awak tak penah tahu yang saya sangat-sangat suka awak"...Cinta yang tak diluah menyebabkan korang makan hati berulam jantung dan sering mengeluarkan air mata.Mungkin korang seorang yang sangat merendah diri dan sangat sedar dengan keadaan diri dan merasa tidak sepadan dengan si dia menyebabkan korang takut untuk luahkan isi hati...Jawapan cinta korang tidak akan berbalas selagi korang tidak meluahkannya...
- Cinta pada yang tiada
"Aku sangka akulah yang paling mencintaimu tapi Tuhan lebih mencintaimu"...Sedalam mana pun cinta kita pada manusia tapi bila ajal tiba tiada siapa mampu menghalangnya...Mencintai orang yang sudah tiada sememangnya sangat menyakitkan...Setiap masa kita akan mengingati,merindui dan mendambakan kehadirannya,tapi semua itu tak mugkin akan berlaku..Kepada korang yang mencintai orang yang sudah tiada bangkitlah,si dia tidak mugkin akan kembali kalau korang menangis air mata darah sekalipun...Jika korang benar2 mencintainya,hadiahkanlah hadiah yang paling istimewa untuknya iaitu kalimah-kalimah suci dan teruskanlah kehidupan korang...Hidup perlu diteruskan!
Ini saja yang dapat Iera kongsikan pada kali ini...harap korang tidak berputus asa dengan cinta bertepuk sebelah tangan...Jangan bersedih dan teruskan kehidupan!
Bye bye korang semua...(n_n)
Lindungi kesedihan dengan senyuman
meskipun di hati penuh kedukaan
kerana itu menunjukkan adanya
kesedihan...
~kata-kata diambil dari sebuah majalah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan