Selasa, 2 April 2013

Diet Atkins... Apa kah?

Asalammualaikum semua...
Anda, anda dan anda semua buat apa tu... Pertama sekali Iera nk mengucapkan ribuan terima kasih sebab sudi menjenguk blog Iera yang tak seberapa ni...(ada ke yang nk menjenguk?) Di sini Iera ingin berkongsi satu info yang sangat berguna pada anda, anda dan anda semua hehehe... Info ini sesuai sangatlah untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dalam kata lain nak diet lah... Nak diet ni senang je tapi nak buat tu yang ada susah sikit terutamanya orang yang "terlalu rajin" macam Iera contohnya hehe... Tapi tak apalah yang penting niat suci murni Iera ni yang nak berkongsi satu cara untu berdiet... Dulu pun dah bagi sedikit tips tapi nak bagi lagi untuk tambahkan ilmu di dada hehe... Banyak pulak duk merepek nih...
Okey lah anda, anda dan anda semua... Adakah anda semua tahu apa itu diet atkins? Mungkin sudah ada yang tahu mungkin jugak ada yang belum tahu... Untuk yang belum tahu ni jom Iera terangkan okey!

Untuk anda yang ingin kurus dengan cepat tapi tidak mahu mengeluarkan modal yang besar bolehlah mengamalkan diet atkins ini... Tetapi diet ini memerlukan disiplin yang tinggi untuk mendapatkan tubuh impian     yang anda idam-idamkan... Diet atkins ini ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr.Robert C. Atkins bagi membantu individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada empat peringkat iaitu :

  • Induction (permulaan dan pengenalan) dua minggu atau lebih mengikut keadaan dan berat badan.
  • Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan).
  • Pre-maintenance.
  • Lifetime Maintenance.
Minggu Induction ( dua minggu)
  1. Elakkan pengambilan nasi, mi, mihun, laksa, spageti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sejenis dengannya.
  2. Elakkan pengambilan roti , roti berserat roti bun, roti canai dan sejenis dengannya.
  3. Elakkan pengambilan gula antaranya gula pasir, gula melaka, gula merah, madu,gula-gula dan apa-apa yang tinggi gulanya.
  4. Elakkan pengambilan buah-buahan
  5. Elakkan pengambilan snek dan kopi
  6. Elakkan segala bentuk kacang dalam dua minggu
  7. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  8. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
Syarat-syarat melakukan induction:
  1. Pastikan makan tiga kali sehari atau empat atau lima kali sehari.
  2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja.
  3. Baca label tin , botol , kotak atau paket. Berhati-hatilah ketika memilih sos dan kicap dalam botol kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  4. Minum banyak air.
  5. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus atau disalai asalkan ia tidak ditambah dengan gula atau madu.
  6. Rempah ratus boleh digunakan asalkan ia asli dan tidak ditambah gula atau perasa tiruan.
Sebenarnya diet atkins ini cepat berkesan jiga berdisiplin melakukan diet ini. Tetapi....diet ini ada juga kekurangannya... Jika nak tahu apakah kekurangannya kita tunggu pada masa akan datang yer sebab jari jemari Iera ni dah lenguh-lenguh ni hehe.. Kepada sesiapa yang ingin mencuba diet ini tak salah tapi kalau berlaku apa-apa tak dapat den nak nolong hehe. Okey lah sampai disini saja bicara tanpa suara kita yer... Bye bye (n_n)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan