Assalamualaikum...
Hai semua... Kali ni Iera nk berkongsi 2 buah novel best yang Iera dah baca...
Tak sia-sia Iera menghabiskan baki duit kutu dengan membeli novel ni sebab semuanya best belaka hehe..
Kalau korang nak tahu Iera ni memang kaki baca novel.. Pantang tengok kedai buku mesti nak pi skodeng-skodeng novel yang best-best... Kalau korang nak tahu lagi Iera ni suka kumpul buat collection...
Setakat ini novel yang Iera baru kumpul tak lah banyak sangat...
Sebenarnya tujuan Iera cerita pasal novel ni sebab Iera nk kongsi sinopsis novel-novel yang Iera dah baca..
Kalau korang pun minat sama macam Iera bolehlah kongsi sama-sama novel yang best-best ni...
Tajuk novel yang Iera nak kongsikan ini ialah Cik Bunga dan Encik sombong dan Cik Blur dan Encik Ikhlas.
Dua-dua novel ini dari penulis yang sama iaitu AIRISZ dan terbitan dari KARYA SENI... Memang memang memanglah sangat best cerita ni..
Rugi kalau tak baca...hehe
SINOPSIS...
Aku? Aku Intan Asnidar. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, Harris Isqandar. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
Asal-asal, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap, "Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia."
Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, "Jangan mimpi nak jadi menantu saya!"
Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah Intan Asnidar itu milik kekal Harris Isqandar?
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”–Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Haa macam mana? Ada terasa teringin nak maca kisahnya ke?
Kalau teringin,pi lah cari di kedai-kedai yang berdekatan yer hehe...
Okey lah korang, sampai disini sajalah Iera berbicara tanpa suara yer...
Bye-bye...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan